Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.
"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"
Petua dipetik dari Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah..
Inspirasi Anda!
|
Utusan Online
Malaysiakini :: News
26 February 2010
Petua Mencuci Hati..
Posted by Inspirasi Sanubari at 6:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dari Al-Quran..
Hadith Hari Ini
Masa Sekarang
Kalendar
Sejak Dilancarkan
Catatan Peristiwa
Hangatkan Telinga Anda
Diriku
Admin
- Inspirasi Sanubari
Peringatan Untuk Anda
Pautan Pendidikan
Pautan Ilmu
Program Pendidikan
Majalah Online
Akhbar Pilihan Anda
Pautan Blog
Dari Meja Inspirasi
Alhamdulillah.
Terima kasih kerana sudi melayari Laman Blog ini. Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat dikongsi bersama serta dihebahkan kepada teman-teman. Semoga usaha ini mendapat hidayah dan rahmat dari yang Maha Esa.
Terima Kasih
Admin Inspirasi Sanubari
Terima kasih kerana sudi melayari Laman Blog ini. Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat dikongsi bersama serta dihebahkan kepada teman-teman. Semoga usaha ini mendapat hidayah dan rahmat dari yang Maha Esa.
Terima Kasih
Admin Inspirasi Sanubari
Tinta Pena
Alamat Rasmi Inspirasi
------------------------
3315,
Kampung Bukit Tempurong,
Kerandang,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman
------------------------
3315,
Kampung Bukit Tempurong,
Kerandang,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman
0 comments:
Post a Comment