Sesungguhnya bukanlah Mata itu yang Buta tetapi yang Buta itu ialah Hati yang berada di dalam Dada~~~~~~~ Renung dan fikir-fikirkanlah..

23 September 2009

TEMUDUGA TERTUTUP

SEMUA ANDA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN


A. Ahli Syurga dari awal
B. Ahli Neraka dari awal
C. Ahli Neraka sementara kemudian akan dilantik menjadi Ahli Syurga

EMPAT GANJARAN LUMAYAN ( Khas untuk jawatan A) :

1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat anda membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur ( Alam Barzakh)

KELAYAKAN :

Anda tidak perlu membawa sijil-sijil, termasuk sijil saham, dan juga saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Marcedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa cantik, hensem atau berbadan sasa atau juga seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu; Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL / PENEMUDUGA
Malaikat Munkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR UNTUK ANDA :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitan anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang yang tertentu dan akan bengis kepada orang yang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

Bersambung untuk keluaran akan datang...Tunggu..!!!

0 comments:

Dari Al-Quran..

Hadith Hari Ini

Template by - Fahmiey Design - 2009